Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#SambutanHariWanita : Delegasi Skuad Waja Perlis Turut Meriahkan Sambutan Hari Wanita Peringkat Antarabangsa

By 9 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Wanita Peringkat Antarabangsa bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi turut disertai Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) dari negeri Perlis.

Menurut Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis, Kalai Kumar Periyasamy delegasi ini dijemput untuk turut serta memandangkan mereka merupakan sukarelawan di bawah kelolaan PPWNPs.

“Hari ini kita menyambut Hari Wanita dan bagi menghargai sukarelawan skuad Waja, kita bawa mereka bersama bagi merasai kemeriahan Sambutan Hari Wanita Peringkat Antarabangsa dengan pelbagai aktiviti menarik,” ujarnya ketika ditanya berkenaan Hari Wanita bersama skuad Waja.

Skuad Waja Negeri Perlis yang menyertai Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 telah disertai oleh seramai 38 orang terdiri daripada ahli dengan pelbagai latar belakang iaitu badan bukan kerajaan, para usahawan dan juga penjawat awam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda