Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Semua Boleh Jadi ‘Duta Hijau’ di Kawasan Komuniti – Nik Nazmi

By 6 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Semua pihak boleh menjadi menjadi ‘duta hijau’ di kawasan komuniti atau kejiranan dalam menarik lebih ramai masyarakat membudayakan amalan gaya hidup hijau demi kelestarian alam sekitar

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad setiap tindakan positif walau sekecil mana pun jika dilaksanakan secara kolektif akan membuahkan sesuatu yang lebih hijau dan lebih lestari di masa hadapan.

“Ada pelbagai ruang dan peluang untuk menyemai dan membudayakan amalan gaya hidup hijau secara individu, baik di tempat kerja mahupun di kawasan kejiranan kita.

“Aspek amalan gaya hidup hijau ini boleh diajar kepada anak-anak kita sejak mereka kecil melalui amalan mudah setiap hari di rumah seperti menjimatkan penggunaan air, mengumpul sisa organik untuk menghasilkan baja kompos, mengasingkan sampah-sarap, mengamalkan konsep 3R iaitu ‘reduce’ (mengurangkan), ‘reuse’ (menggunakan semula) dan ‘recycle’ (mengitar semula) serta mengurangkan penggunaan beg plastik,” katanya di Program Gaya Hidup Hijau Bersama Komuniti Labuan, di sini semalam.

Katanya lagi, antara langkah-langkah mudah yang boleh diberi perhatian dan dilaksanakan oleh masyarakat setempat adalah dalam menguruskan sisa pepejal (sampah) secara sistematik serta dengan mengamalkan kitar semula.

“Penggunaan air dan elektrik dengan lebih cekap dan berhemah juga adalah penting demi menjaga dan menghargai sepenuhnya sumber seperti air, tenaga elektrik dan udara bersih.

“Amalan sebegini, walaupun nampak kecil, secara tidak langsung akan membantu kita dalam mengurangkan kos sara hidup seterusnya memberi penjimatan ke atas bil utiliti bulanan kita,” katanya.

Tambahnya, menerusi penggunaan aplikasi cekap tenaga dan air seperti lampu-lampu cekap tenaga atau LED, pemasangan panel solar bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu serta pemasangan sistem pengumpulan air hujan (rain water harvesting system) juga boleh dipertimbangkan oleh masyarakat setempat bagi mengurangkan kos utiliti yang kian meningkat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda