Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pendaratan Cemas Helikopter APMM di Pulau Angsa

By 5 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azfa Saffie/Komuniti Maritim

KUALA SELANGOR, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan sebuah helikopter peronda model AW 139 nombor pendaftaran M72/01 mendarat cemas di lima batu nautika berhampiran Pulau Angsa, Jeram pukul 9.55 pagi tadi.

Menurut Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, helikopter milik APMM berkenaan Ketika melakukan latihan menyelamat di perairan Klang dan mendarat cemas berdekatan Pulau Angsa.

Seramai empat penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dalam nahas tersebut.

ā€œHelikopter yang mendarat cemas telah diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim,ā€ katanya.

Susulan nahas tersebut, Aset Maritim Malaysia yang dikejarkan ke lokasi kejadian melibatkan bot Pengawal 25 daripada Maritim Negeri Selangor, Bot RH 16 dan PSC 39 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

Tambahnya Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca-punca kejadian.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda