Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Hutan Simpan Kina Benuwa Aset Penting Wilayah Persekutuan

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 6 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Pewartaan Hutan Simpan Kina Benuwa (HSKB) sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) merupakan satu aset yang penting untuk Wilayah Persekutuan.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad usaha itu mengambil masa yang lama dengan kerjasama pelbagai pihak untuk mewartakan kawasan HSKB seluas lebih 60 hektar itu.

ā€œIni aset yang berharga sebagai hutan simpan paya bakau yang tidak terdapat di kawasan lain dalam Wilayah Persekutuan yang masih dalam keadaan baik dan kita akan lihat ruang-ruang yang boleh kita dukung usaha Perbadanan Labuan dan Kementerian Pelancongan bagi membangunkan kawasan ini sebagai kawasan ekopelancongan.

ā€œKita yakin dengan perwartaan ini dapat membantu aktiviti-aktiviti lain seperti perikanan, konservasi habitat dan ekosistem serta sumbangan sektor ekonomi yang lain,ā€ katanya selepas melakukan lawatan ke HSKB semalam.

Tambahnya, usaha itu selari dengan hasrat Perdana Menteri yang ingin memastikan Labuan terus berada dalam arus perdana pembangunan negara.

ā€œKita di peringkat kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan kepada Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang ada kepentingan yang cukup istimewa,ā€ jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda