Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Warga Teluk Intan Teruja Kunjung Bazar Ramadan

By 13 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah/Muhamad Amsyar (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Hari pertama Ramadan menjadi sesuatu yang amat dinantikan oleh pengunjung Bazar Ramadan Teluk Intan yang mula beroperasi, di sini petang semalam.

Penghulu Mukim Durian Sebatang Ainal Ghani, berkata dia amat teruja menantikan acara tahunan ini tiba kerana ingin mencuba pelbagai juadah unik pada bulan puasa.

“Terdapat beberapa juadah yang dijual di sini memang digemari oleh penduduk setempat antaranya Roti John Mat J, Satay Wak Teni dan Popia Majid,” katanya ketika ditemui.

Tambah Ainal, walaupun kebiasaannya segelintir peniaga mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama Ramadan, namun jumlah gerai yang dibuka tetap meriah dan mendapat sambutan.

Peniaga Shaim Hamzah, 51, mengambil peluang menambah pendapatan dengan menjual pelbagai jenis cucur dan kuih-muih seperti cucur jagung udang, cekodok pisang, cucur bawang bilis, cucur lemak manis dan popia goreng.

“Gerai kami menyediakan lebih 40 jenis kuih-muih dan cucur yang menggunakan resipi olahan saya sendiri,” katanya yang sudah berniaga di bazar Ramadan berkenaan sejak 14 tahun lalu.

Pengunjung Shaantini Munusamy, 21, meluahkan keterujaan untuk merasai sendiri suasana sambutan dan kemeriahan hari pertama di bazar Ramadan tersebut.

“Saya memang sudah biasa dengan bazar Ramadan kerana saya mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu.

“Kebetulan hari ini, saya akan berkunjung ke rumah salah seorang kawan Melayu untuk berbuka puasa bersama,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda