Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

38 Buah Masjid Terima Sumbangan Ihya Ramadan

By 1 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani hari ini telah menganjurkan majis penyerahan sumbangan kepada 38 buah masjid di bagi mengimarahkan Ihya Ramadan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari, berkata setiap masjid diperuntukan sebanyak RM2,000 untuk aktiviti sepanjang bulan Ramadan seperti majlis berbuka puasa, moreh, qiamullail dan sebagainya.

“Ini adalah aktiviti tahunan yang akan dibuat di mana masjid adalah tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita,” ujarnya, di sini semalam.

Imam Masjid Pokok Asam Syed Mohd Syed Omar, 27, berkata beliau berterima kasih di atas sumbangan yang disampaikan hari ini dan akan melaksanakan aktiviti yang diamanahkan khususnya untuk 10 hari terakhir Ramadan ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda