Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bahang Sambutan Aidilftri Kian Terasa

By 6 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshahira Mohd Nasir/W Shahilawati W Baharuddin (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Berbaki empat hari lagi menjelang Aidilfitri, orang ramai sudah mula sibuk mencari kelengkapan raya saat akhir bagi menyambut lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.

Tinjauan Malaysia Aktif di pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu bazar di hadapan Masjid Muhammadi di sini semalam mula mengalami kesesakan seawal tengahari.

Seorang pengunjung, Ahmad Ghani, 44, dari Tok Bali, Pasir Puteh, berkata beliau bukan golongan yang suka membeli pada saat akhir tetapi mendahulukan keperluan anak-anak dan isteri terlebih dahulu.

“Hari ini saya membeli keperluan sendiri seperti kopiah dan baju, selepas kesemua kelengkapan raya keluarga telah disiapkan pada awal berpuasa kerana saya bimbang jika membeli saat akhir tiada pilihan dan kehabisan stok.

“Kita juga harus berhati-hati ketika membuat pilihan agar dapat membeli kelengkapan raya dengan harga mampu milik dan tidak membazir, memadai ala kadar,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Sementara itu, seorang pekerja di kedai kopiah Mohd Amin Abdullah,31, berkata pengunjung yang datang sangat ramai hingga tidak menang tangan.

“Kedai buka seawal 9.00 pagi hingga 12.00 malam dan ramai pengunjung datang bertali arus, walaupun penat namun saya bersyukur.

“Alhamdulillah, makin ramai pembeli, maka hasil jualan laku dan saya akan mendapat komisyen,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda