Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

MIYC Kuala Pilah Bantu Peningkatan Peniaga Belia Tempatan

By 30 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Muhammad Afiq Raduan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Bagi meningkatkan penglibatan belia khususnya kaum India, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Kuala Pilah menyasarkan langkah mewujudkan pelbagai platform perniagaan tempatan seperti karnival perniagaan bagi mengalakkan penglibatan golongan ini dalam pembangunan sosioekonomi setempat.

Ismail Lasim menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengerusi MIYC Kuala Pilah Gayathri Nathan dalam ucapannnya sempena Mesyuarat Agung MIYC Kuala Pilah yang diadakan di Dewan Emerald, Hotel Melang, di sini semalam.

“Pembangunan sosioekonomi belia India di Malaysia dilihat agak baik namun masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutamanya mengenai sikap belia sendiri, dana peruntukan dan dasar negara yang mesra belia,” ujarnya.

Ismail Lasim ketika berucap.

Menurutnya, MIYC Kuala Pilah turut membantu dalam mengangkat martabat belia tempatan tidak mengira kaum dan agama seperti yang ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri  bahawa golongan belia ini adalah modal dan agen yang penting bagi membina budaya bangsa negara.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling Datuk Ismail Lasim, Timbalan Pengerusi MIYC Negeri Sembilan Sanjay Sangaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda