Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Nikmat Ramadan, Dikongsi Bersama

By 2 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya menambah nikmat kegembiraan kepada 24 orang asnaf yang terpilih bagi menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Pasaraya Econsave Cawangan Baling.

Sumbangan disampaikan dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Baling dengan kerjasama pengurusan Masjid Al-Huda bertempat di Dewan Masjid Al-Huda Kampung Hangus, Mukim Iboi, di sini kelmarin.

Pegawai Penerangan Daerah Baling Amran Mohamad Kamis dalam ucapannya, berkata program JIWA yang diadakan hari ini mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak terutama pasar raya Econsave yang sudi menyumbangkan barangan keperluan asas kepada asnaf di kawasan Kampung Hangus dan Iboi.

“Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk semua,” ujarnya.

Menurut Pegawai Daerah Baling Abdul Ghafar Yahya, Baling adalah sebuah daerah yang berdaya saing daripada segenap aspek dan mampu menjadi sebuah daerah yang berdaya huni setaraf daerah lain di negeri Kedah.

“Program sumbangan sebegini adalah salah satu program yang baik bagi membantu golongan asnaf meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” ujarnya.

Seorang penerima sumbangan yang ditemui Majdi Sulaiman, 53, meluahkan rasa syukur menerima sumbangan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pasar raya Evonsave atas sumbangan tersebut.

Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara Zamzuri Mansor turut hadir menyampaikan sumbangan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda