Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemasangan Lampu di Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat Bantu Kurangkan Kemalangan

By 8 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Pemasangan lampu di Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya yang kerap dilaporkan berlaku di kawasan ini.

Menurut Ketua Jurutera Elektrik Negeri Pahang Ir. Kamarul Hisyam Kamaruzzaman, pemasangan lampu tersebut siap lebih awal daripada jadual asal.

“Pemasangan lampu di kawasan ini mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif hari ini.

Pihak kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk memasang lampu jenis Solar Integrate LED 120 watt bagi menerangi kawasan tersebut untuk mengelakkan kemalangan daripada berulang.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda