Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

RELA: Agensi Kecil Yang Besar Peranannya

By 8 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad/RELA (Pendang)

PENDANG, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Masih ramai di kalangan masyarakat yang belum sedar akan kepentingan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam menyelaras dan memberi bantuan kepada mana-mana pasukan keselamatan, agensi-agensi atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain yang memerlukan.

Menurut Pegawai RELA Daerah Pendang, Penolong Pesuruhjaya RELA (PPjR) Mohammad Tarmizi Abu Hassan, semasa negara dilanda wabak COVID-19, RELA diberikan tugasan untuk memantau dan membantu agensi lain di semua Pusat Pemberian Vaksin dan dalam situasi berisiko tersebut, kami berlapang dada menghulurkan bantuan.

“Selain itu, RELA juga memberi bantuan kepada pasukan keselamatan atau pihak berkuasa lain bagi melaksanakan sebarang operasi melibatkan masyarakat, keselamatan dan sebagainya,” jelas Tarmizi.

Peranan agensi ini terlihat kecil, namun keberadaan mereka dalam membuat rondaan di kawasan berisiko seperti kawasan banjir dan kawasan wabak bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan keamanan rakyat terjamin memberi kesan besar kepada masyarakat.

Tambah beliau yang ditemui dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pendang, RELA turut melaksanakan akitiviti khidmat masyarakat dengan membawa pasukan bagi membantu membaiki rumah kakitangan RELA yang daif serta rosak.

“Saya amat berharap agar lebih ramai dapat menyertai RELA supaya dapat memelihara dan mengekalkan keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan rakyat,” jelasnya lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda