Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Perpaduan Malaysia Bantu Perkembangan Industri Pelancongan

By 28 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian budaya, etnik dan agama di Malaysia menawarkan satu landskap budaya yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari serata dunia.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa perpaduan adalah merupakan tiang seri utama yang menyokong keindahan pelancongan di Malaysia.

Zaliha beramah mesra dengan masyarakat etnik Kadayan Labuan.

“Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu dalam kepelbagaian memberi peluang kepada industri pelancongan untuk berkembang dengan pesat.

“Pelancong daripada pelbagai latar belakang dapat merasai kehangatan dan keindahan kehidupan berbilang budaya yang ada sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian yang ada menjadikan Malaysia sebagai contoh yang baik bagi dunia dalam mencapai keharmonian dan keamanan,” katanya semasa merasmikan Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024 dan Minggu Perpaduan : Kembara Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini kelmarin.

Sementara itu, Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan semalam menyatakan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Labuan bertujuan mengukuhkan semangat patriotisma, nilai perpaduan dan hubungan antara kaum sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI.

Zaliha (dua dari kiri) berpeluang mencuba menghasilkan makanan tradisi masyarakat Kadayan-Brunei ‘Ambuyat’.

“Pelbagai aktiviti mengisi sambutan di Wilayah Persekutuan Labuan antaranya Malam Silang Budaya Perpaduan Pameran Agensi Kerajaan, Pameran Rumah KAMI, Nostalgia Anak Kampung, Sukan Perpaduan dan Persembahan Kebudayaan.

“Program ini melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin persatuan etnik, pemimpin-pemimpin agama, dan NGO dalam memperkukuh nilai-nilai kesepaduan sosial,” menurut kenyataan itu lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda