Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Raja Puan Muda Perak Berkenan Mengurniakan Sumbangan Hari Raya

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Syafiq Mydin Shah (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI 5 Apr (Malaysiaaktif) – Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam telah berkenan mengurniakan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 350 penerima terdiri daripada anak yatim dan asnaf dari sekitar daerah Kuala Muda, Sik dan Yan.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan sempena hari raya ini,” ujar salah seorang penerima Omar Jusoh, 72, dari Flat Paya Nahu ketika ditemu bual usai majlis tersebut.

Turut sama menjayakan program ini ialah Yayasan Jariah Aafiyat yang menyumbangkan produk-produk keluaran Olive House dan ini merupakan tahun kedua sebagai penyumbang kepada Yayasan Sultanah Bahiyah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda