Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Berbuka Puasa Bersama Warga Sungkai

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Farhana (Batang Padang)/Mohammad Ezwandi (Perak)

SUNGKAI, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Batang Padang di Masjid Jamek Sungkai, di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam majlis berkenaan, baginda berbuka puasa bersama lebih 500 hadirin terdiri daripada ketua jabatan dan penduduk tempatan sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Baginda seterusnya berkenan berangkat ke majlis santapan diikuti dengan solat Isyak, solat Tarawih dan moreh.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Sungkai Umikhalson Abd Karim, 57, bersyukur majlis berlangsung dengan lancar dan kehadiran jemaah yang ramai menunjukkan rakyat gembira dapat bersama baginda tuanku.

“Ini merupakan pengalaman manis pada bulan Ramadan apabila dapat berbuka puasa bersama Sultan kesayangan rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda