Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Teluk Intan Berselawat 2024

By 29 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

TELUK INTAN, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Ratusan penduduk Teluk Intan berhimpun di Dewan Kompasti Padang Tembak, di sini malam tadi sempena Program Teluk Intan Berselawat 2024 (TIB2024).

Program anjuran bersama Persatuan Asatizah, Persatuan Kebajikan Pemuda Rabbani (PEKERTI) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Teluk Intan itu dianjurkan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menzahirkan perasaan cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Jafri berkongsi kelebihan selawat kepada peserta program

Majlis diserikan dengan penampilan khas, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi yang juga panelis program Tanyalah Ustaz di TV9.

Menurut beliau, dengan berselawat, umat Nabi Muhammad SAW bukan sahaja akan memperolehi ganjaran pahala malah para malaikat turut akan mendoakannya.

“Selain darjat dinaikkan, kita juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah SWT,” ujarnya.

Sementara itu, Sukarelawan Persatuan Asatizah Hafiz Ainuddin berkata, idea untuk menganjurkan TIB2024 tercetus setelah melihat penganjuran program selawat yang dianjurkan di daerah lain.

Peserta mengerjakan solat Isyak secara berjemaah sebelum majlis bermula

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang seterusnya menjayakan TIB2024 pada malam ini. Tanpa sumbangan tersebut, penganjuran TIB2024 tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Nadziruddin Mohamed Bandi.

-AA-

Tinggalkan komen anda