Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)
HUTAN MELINTANG, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Hutan Melintang di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, di sini kelmarin meriah dengan kehadiran penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy, 56, berkata tujuan utama majlis tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan rakyat khususnya di kawasan ini.
“Penyertaan rakyat biasa dan pemimpin masyarakat serta agensi kerajaan dalam majlis ini diharap dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.
“Sehubungan itu, bagi pihak Pusat Khidmat DUN Hutan Melintang saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan jawatankuasa yang membantu menjayakan majlis ini,” katanya.
Turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk Muhamad Ghopran Yeop Hamzah.
-ZS-