Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Warga Johor Bahru Ambil Peluang Saat-Saat Akhir Daftar PADU

By 1 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 1 Apr (Malaysiaaktif) — Warga Johor Bahru tidak melepaskan peluang pada saat-saat akhir untuk mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah berakhir tengah malam tadi.

Tinjauan di Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jabatan Penerangan di UTC Johor, Galleria@Kotaraya, Johor Bahru mendapati orang ramai mula berpusu-pusu hadir ke kaunter Jabatan Perangkaan (DOSM) Johor yang dibuka seawal jam 8 pagi bagi membuat pendaftaran PADU.

Salah seorang pengunjung, Suresh Velan, 37, berkata walaupun pendaftaran PADU telah dilaksanakan mulai 2 Januari lalu, beliau mengambil peluang saat-saat akhir kerana masih kurang memahami sepenuhnya berkenaan sistem PADU yang diperkenalkan sebelum ini.

“Setelah meneliti segala informasi dan penerangan daripada Pegawai Perangkaan serta melalui media sosial berkenaan PADU, barulah saya bersama isteri dan keluarga hari ini hadir bagi mendaftar PADU dengan secara sukarela,” katanya.

Menurut kenyataan laman rasmi PADU, sehingga semalam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 10.85 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda