Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambal Bilis Garing Cik Sue Dapat Sambutan

By 1 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khalisah Khazir (Alor Setar)

PENDANG, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Sambal bilis garing Cik Sue atau nama sebenar Noor Suriani, 38, adalah cerita kejayaan yang bermula dari bawah dengan niat untuk membantu adik-beradik dan orang-orang susah.

“Idea untuk membuat sambal bilis ini tercetus selepas saya memasak untuk adik dan rakan-rakannya yang belajar di UPSI. Maklum balas positif yang diterima telah menyuntik semangat saya untuk terus memasarkan sambal ikan bilis dan secara tidak langsung menambah pendapatan saya,” kata Cik Sue.

Tambahnya, beliau turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga terutama suaminya dan kawan-kawannya yang turut membantu memperkenalkan produk ini ke merata tempat.

Menurut pelanggan tetap Cik Ct Ahmad, 30, sambal bilis garing Cik Sue sungguh enak, lazat serta menyelerakan.

“Rasa sekali pasti tak rugi mesti nak lagi, dengan pembungkusan yang menarik bersih serta kemas,” ujar Cik Ct.

Hasil usaha yang berterusan Cik Sue berjaya memasarkan sambal bilisnya ke seluruh Malaysia bahkan terdapat pelanggan berbangsa cina membawa bekal sambal bilisnya ke Sweden dan terdapat beberapa pelanggan yang membawa sambal bilis garing ke Tanah Suci sebagai bekal.

Harapan beliau agar satu hari nanti dapat membina rumah idaman serta membuka kilang dan diberikan kejayaan dalam perniagaan.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda