Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1R1JG Semarak Bulan Kebangsaan 2024

By 19 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi hari ini mengetengahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi menggalakkan penyertaan orang ramai dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

“Bulan Kebangsaan merupakan perayaan yang sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan perasaan berkobar-kobar untuk menghias Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

“Bagi memakmurkan semangat ini, Kementerian Komunikasi mengetengahkan inisiatif yang dikenali sebagai 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG),” katanya ketika melancarkan Ekspresi Bulan Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Fahmi lagi, Jalur Gemilang merupakan simbolik kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia serta perlu dikibarkan di setiap detik kejayaan yang ditempa di seluruh dunia.

“Namun usaha ini sebenarnya perlu disemarakkan bermula di tanah air sendiri, melalui rumah yang menjadi tempat paling selamat untuk diduduki keluarga tersayang.

“Saya ingin mengingatkan semua untuk mengibarkan Jalur Gemilang yang sempurna iaitu bendera yang tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh kerana ia adalah gambaran diri kita sebagai warganegara bertanggungjawab dan cintakan negara,” katanya .

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan,  dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Datuk Mohd Imran Mohamad Salim.

-RI

Tinggalkan komen anda