Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

‘GelatoCraft DreamMaker Machine’ Projek Terbaik MEDSpec 2024

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO

IPOH, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Projek ‘GelatoCraft DreamMaker Machine’ diangkat sebagai pemenang Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan bagi Pertandingan dan Pameran Projek Akhir Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (MEDSpec) 2024 Politeknik Ungku Omar (PUO) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, PUO, di sini kelmarin.

Program ini membantu membina keyakinan pelajar dan meningkatkan daya kepimpinan mereka.

Projek penuntut semester akhir dari Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan) itu merupakan mesin penyedia aiskrim yang mesra pengguna, menghasilkan tesktur aiskrim yang lebih halus serta dapat menjimatkan masa.

Menurut pengarah program, Mahani Mohd Zamberi, MEDSpec 2024 merupakan platform bagi pelajar tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menyampaikan, mempertahankan serta menjual idea dan produk projek sewaktu sesi pameran dan pertandingan.

“Pengadilan bagi program ini adalah berpandukan kemahiran berkomunikasi, tanggungjawab sosial, pengurusan projek dan kemahiran keusahawaan.

Peserta MEDSpec 2024.

“Program ini disertai 107 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang mempertandingkan 35 projek akhir tahun yang merangkumi bidang Kejuruteraan Mekanikal, Automotif, Mekatronik serta Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan,” katanya.

Sesi penilaian projek dilaksanakan oleh lapan orang juri daripada pelbagai industri iaitu Automotive Automotion Skills Dream Association (Aasda) Perak, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Buminakhyar Resources, Daikin Malaysia Sales & Service Sdn. Bhd., Salutica Allied Solution Sdn. Bhd., Weldmart, Egvision Online Sdn. Bhd. dan Kamaya Electric (M) Sdn. Bhd.

Wakil ketua juri Muhammad Mustaqim Roslan dari Egvision Online Sdn. Bhd., berkata penglibatan pelajar dalam pertandingan projek sebegini akan membina keyakinan pelajar, daya kepimpinan dan bakat pengurusan projek yang sangat penting semasa pelajar bekerja kelak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda