Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rakyat Usah Terpengaruh Isu Perkauman

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

RUNGKUP, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen berbaur perkauman yang hanya akan merosakkan negara.

Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, rakyat dianjurkan membina hubungan yang erat antara kaum berpaksikan nilai akhlak yang baik.

Shamsul Iskandar ketika berucap.

“Kehadiran bulan Ramadan dan Syawal mengajak kita untuk mengembalikan fitrah sebagai manusia yang mencintai perkara kebaikan dan menolak perkara yang zalim,” katanya ketika berucap pada Majlis Warna Warni Aidilfitri Madani 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak (SMK STAR), di sini kelmarin.

Tambahnya, tujuan diperkenalkan gagasan Malaysia Madani adalah agar rakyat bukan sahaja membangunkan negara ini dengan prinsip akhlak yang baik, malah mengamalkan hidup bermuafakat dan saling membantu untuk membangunkan negara dari aspek ekonomi, rohani dan jasmani.

Shamsul Iskandar turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

“Pemimpin dan rakyat harus hidup bermuafakat serta menjiwai semangat yang disemai pada bulan Ramadan dan Syawal agar menjadi contoh kepada negara lain,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan pelajar cemerlang selain sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK STAR.

-ZS-

Tinggalkan komen anda