Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Komuniti Orang Asli Utamakan Gaya Hidup Sihat, Disaran Rancak Ekonomi Setempat

By 20 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)

GOPENG, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Sepakat Komuniti Madani Ulu Geroh, Ulu Jelintoh, di sini pada Sabtu mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat khususnya masyarakat orang Asli.

Peserta program tidak melepaskan peluang melakukan saringan pemeriksaan kesihatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Sandrea Ng Shy Ching, berkata kehadiran komuniti orang asli di program ini menunjukkan mereka prihatin dan ambil berat tentang kesihatan.

“Pengisian program seperti pameran, taklimat dan pemeriksaan saringan kesihatan yang dilaksanakan sangat bertepatan dengan konsep Komuniti Madani berfokuskan keperluan komuniti setempat,” katanya.

Sandrea yang juga Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri turut menyarankan agar semua Komuniti Madani terutama di kawasan DUN Teja memohon dana Sejati Madani bagi memperkasa dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

“Tahniah dan syabas kepada Ketua Komuniti Kampung Jelintoh Md Roswady Omar yang telah berjaya mendapat kelulusan dana Sejati Madani untuk mewujudkan industri penginapan desa atau homestay berasaskan kontena.

Taklimat oleh Pegawai Kesihatan Dr. Ellasha Mustafa Kamal dari Pejabat Kesihatan Daerah Kampar

“Ini antara contoh aktiviti ekopelancongan yang dilihat dapat memajukan ekonomi dan meningkatkan pendapatan orang kampung,” ujarnya.

Hadir merasmikan program Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing yang turut menzahirkan rasa gembira dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kampar dan Komuniti Madani Ulu Geroh dalam melaksanakan program yang bermanfaat kepada masyarakat orang Asli.

-AA-

Tinggalkan komen anda