Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kota Tinggi Sebagai Lembah Pertanian

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nasharuddin Mohd Shah/Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Keadaan tanah yang subur di Kota Tinggi amat sesuai menjadikan daerah ini sebagai daerah Lembah Pertanian.

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jika diusahakan dengan baik, daerah Kota Tinggi mampu menjadi pengeluar hasil tanaman dalam negara dan mengelakkan negara terus mengimport makanan dari luar negara.

Mohamed Khaled Nordin menyampaikan replika cek Program Kebuniti MADANI bernilai RM 105,000.00 kepada penerima iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas Felda Air Tawar 3.

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini, bukan sahaja harga bahan makanan naik tetapi juga menyebabkan banyak negara terjejas dan tidak mahu mengeksport makanan.

“Perkara ini tidak boleh berterusan dan dengan itu kerajaan menyediakan sedikit modal untuk rakyat mengusahakan pertanian bagi meningkatkan hasil pertanian dalam negara,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penyampaian Insentif Pertanian Program Kebuniti MADANI dan Bantuan Industri Kecil Sederhana Parlimen Kota Tinggi di Pusat Aktiviti Warga Emas Felda Air Tawar 3, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menambah, dalam proses menjadikan Kota Tinggi lembah pertanian, bantuan akan disalurkan di pelbagai peringkat bagi menggalakkan rakyat bertani.

Mohamed Khaled Nordin (tengah) bergambar bersama para penerima insentif dan tetamu yang hadir.

“Kota Tinggi selama ini terkenal sebagai daerah pelancongan. Kota Tinggi sebagai lembah pertanian adalah jenama baru daerah ini dan saya juga di peringkat parlimen akan membantu dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang ingin mengusahakan pertanian” katanya.

Dalam program ini, seramai lima peserta yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman menerima sijil insentif Program Kebuniti MADANI dengan jumlah keseluruhan bernilai RM105 ribu manakala sembilan lagi peserta perintis keusahawanan pertanian menerima peruntukan Projek Pembangunan Industri Asas Tani bernilai RM76,830 ribu.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi Ahmad Nazir Mohd Nasir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama Norlizah Noh, Pengarah Pertanian Negeri Johor Yosri Mohd dan Pengurus Felda Air Tawar 3 Mohd Johari Rashid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda