Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program MADANI Rakyat Zon Utara Meriah

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/JAPEN

SUNGAI NIBONG, 6 Mei (MalaysiaAktif) – Program MADANI Rakyat Zon Utara yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong selama tiga hari dan berakhir semalam meriah dengan kehadiran lebih 200,000 orang pengunjung.

Program merangkumi tiga negeri di utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada agensi-agensi di peringkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ini juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Kehadiran Perdana Menteri sentiasa menjadi tumpuan pungunjung.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, program ini merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat meliputi 163 perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.

“Pelbagai perkhidmatan touch point (titik sentuh) boleh didapati melalui program tiga hari ini seperti kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian atau perdagangan selain program penukaran topi keledar sepanjang satu hari ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Malaysia hadir dalam majlis penutupan program serta Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di lokasi yang sama, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.

-ZS-

Tinggalkan komen anda