Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pameran Ningyo Kukuhkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Jepun

By 2 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Rahimah Rafiai

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Pameran Ningyo: Kesenian dan Kecantikan Anak Patung Jepun anjuran Muzium Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) diharap dapat mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun.

Rakan strategik yang hadir Japan Foundation, Kedutaan Jepun di Malaysia, Animangaki dan Imuraya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, berkata hubungan diplomatik kedua-dua negara telah mencapai 67 tahun pada tahun ini.

“Pameran ini merupakan satu langkah dan kolaboratif JMM bersama Japan Foundation dan saya berterima kasih kerana Malaysia dipilih bagi melaksanakan pameran yang penuh bermakna buat negara mereka.

Antara tetamu Japan Foundation yang hadir.

“Perkongsian Strategik Komprehensif ini telah membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang yang melibatkan ekonomi, keselamatan dan keamanan, sains, teknologi, inovasi dan persekitaran serta kemasyarakatan dan pertukaran budaya,” katanya, di sini semalam.

Pameran Ningyo yang bermaksud patung dan bentuk manusia dalam Bahasa Jepun ini diadakan di Ruang Tengah Muzium Negara bermula semalam hingga 8 Julai nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda