Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Aidilfitri Peringkat Daerah Yan Meriah

By 2 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Daerah Yan semalam berlangsung dengan meriah di Dewan Lestari, Guar Chempedak.

Pelbagai jabatan di daerah Yan mengambil bahagian dalam penyediaan juadah Aidilfitri.

Pegawai Daerah Yan Maznim Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini.

“Selain dapat berkumpul menyambut Hari Raya Aidilfitri, majlis ini juga merupakan satu platform yang penting untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan hubungan mesra antara orang ramai dengan pihak jabatan dan juga dengan pemimpin masyarakat.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pakaian Tercantik Kategori Wanita.

Sebanyak 15 gerai daripada pelbagai jabatan dan komuniti setempat terlibat dalam penyediaan juadah Aidilfitri ini.

Bagi memeriahkan lagi majlis sambutan Aidilfitri, turut diadakan Pertandingan Gerai Tercantik dan Pakaian Tercantik Kategori Lelaki dan Wanita.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran ketua-ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda