Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kejiranan Hijau Pemangkin Kuala Pilah Capai SDG 2030

By 45 minit yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Ammar Haziq

KUALA PILAH, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Seiring dengan usaha Kerajaan mencapai Pembangunan Mampan 2030 atau Sustainable Development Goal (SDG) 2030, pengenalan konsep kejiranan hijau dalam masyarakat perlu dititikberatkan oleh setiap pentadbir tempatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noor Zunita Mohd Ibrahim, konsep kejiranan hijau bukan hanya terletak kepada suasana hijau seperti penanaman pokok sahaja namun turut meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian seperti pengurusan sisa pepejal, kebun komuniti, penyediaan laluan berbasikal dan pelbagai usaha berkaitan dengan konsep ini.

Barisan dif kehormat yang hadir.

‘’Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah sentiasa berusaha mewujudkan perkhidmatan dan kemudahan bagi setiap komuniti melaksanakan konsep ini khususnya di taman-taman perumahan.

“Namun pada masa yang sama kerjasama semua pihak dalam memastikan perlaksanaan bersama pihak Ahli Majlis Tempatan, pemimpin setempat dan agensi berkaitan agar sasaran konsep ini dapat dicapai,” ujarnya di program Larian Kejiranan Hijau Daerah Kuala Pilah, di sini kelmarin.

Ujar beliau lagi, kepentingan memahami kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar dan menjaga kemudahan amat penting agar semua pihak dapat merasai dan menikmati setiap usaha yang disediakan oleh kerajaan.

Peserta bergambar bersama Noor Zunita.

Sementara itu, Vasanthi Arumugam, 62, berharap agar lebih banyak sesi sebegini dilakukan dan sesi penerangan mengenai konsep ini perlu diperluaskan terutamanya bagi pelajar dan belia yang menjadi tulang belakang kejayaan perancangan seperti ini.

“Penyebaran maklumat mengenai Kejiranan Hijau ini perlu dilakukan secara berterusan dengan tujuan untuk mendidik dan memahamkan masyarakat kepentingan menghargai kemudahan awam dan pengamalan menjaga alam sekitar seperti amalan kitar semula,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Pilah Amin Jamail Thamimul Ansary, barisan Ahli Majlis Tempatan dan para pelatih Kolej Kejururawatan Kuala Pilah serta Yayasan Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda