Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Pelajar Cemerlang Sejarah A+ Dirai Ketua Menteri Melaka

By 9 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini

MASJID TANAH, 9 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 33 Pelajar yang mendapat A+ di dalam subjek Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diraikan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan mereka.

Ucapan Ketua Menteri Melaka

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, subjek sejarah memainkan peranan penting dalam memastikan generasi pada hari ini menghargai perjuangan orang terdahulu dan lebih mencintai negara kita pada masa kini.

“Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan generasi masa hadapan terbela dan diberikan peluang untuk memajukan diri, semoga dengan penyampaian sumbangan pada para pelajar diraikan dapat menjadi pemangkin untuk lahirkan lebih ramai generasi akan datang faham akan sejarah dan cintai negara,” ujarnya dalam majlis karnival kerjaya dan TVET Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau 2024.

Sumbangan kepada pelajar cemerlang sejarah A+

Turut diadakan pertandingan debat antara sekolah, karnival kerjaya, pertandingan sukan, pemeran agensi serta jualan rahmah.

Turut hadir bersama Datuk Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Hameed M.K. Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan dan Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

-AA-

Tinggalkan komen anda