
Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)
KOTA TINGGI, 29 Okt (Malaysiaaktif) ā Universiti Putra Malaysia (UPM) membawa kepakaran dan fasiliti kesihatan dimilikinya bagi menyantuni masyarakat pertanian di kawasan luar bandar di Parlimen Kota Tinggi sempena Program Klinik Pakar UPM dan Motivasi Pelajar.

Ucapan perasmian sempena Program Klinik Pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli ParlimenĀ KotaĀ Tinggi
Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata program ini juga bertujuan menyediakan klinik pakar untuk anggota masyarakat dalam kawasan Kota Tinggi yang terlibat dalam bidang pertanian.
āUPM mempunyai sebuah hospital iaitu Hospital Sultan Abdul Aziz Shah di Serdang, Selangor yang menyediakan fasiliti kesihatan untuk rakyat. Jadi pada hari ini kepakaran hospital tersebut dibawa ke Kota Tinggi bagi memberi khidmat kepada warga Kota Tinggi terutamanya mereka yang terlibat dengan aktiviti pertanian di Tanjung Sedili ini,ā katanya ketika merasmikan program yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Singapura, Tanjung Sedili, kelmarin.

Sesi motivasi pelajar oleh pihakĀ Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan anak-anak kepada peluang menyambung pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Tambah Datuk Seri Mohamed Khaled, selain dari klinik pakar pihak UPM juga menyediakan program motivasi untuk anak-anak Tanjung Sedili bagi persediaan mereka pada masa hadapan.
āProgram motivasi pelajar yang dianjurkan oleh UPM ini diharap dapat memotivasikan anak-anak di Tanjung Sedili ini agar dapat menyambung pengajian di UPM pada masa akan datang dan selepas pengajian anak-anak akan kembali menyumbang kepada kampung mereka dalam memperkasakan bidang pertanian dan keterjaminan makanan,ā ujarnya.
Pelbagai aktiviti turut berlangsung sepanjang program ini diadakan antaranya Jualan Kasih Ladang UPM, Pameran Pertanian, Permindahan Ilmu Bas Pengembangan UPM, Pameran Agensi, Jualan Kasih Johor dan Jualan Produk Komuniti.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UPM (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dr Ir B.T Hang Tuah Baharudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili Muzaidee Makmor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama Norlizah Noh.