Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival Jualan Rahmah Meriahkan Sambutan Deepavali

By 29 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Azirah Mohd Yunus/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

BATU GAJAH, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 3000 pengunjung memeriahkan Karnival Jualan Rahmah Sempena Perayaan Deepavali anjuran Pejabat Parlimen Batu Gajah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kinta serta Pejabat Penerangan Daerah, di Dewan Bandaran Kinta di sini kelmarin.

Steven menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian program

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Steven Tiw Tee Siang yang hadir mewakili Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar, berkata kerajaan perpaduan dengan pimpinan wakil rakyat akan bersama-sama meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum dan menyeru agar rakyat menolak sebarang hasutan atau cubaan untuk memecahbelahkan perpaduan.

Persembahan daripada Persatuan Kebudayaan India Greentown

“Program seumpama ini juga merupakan salah satu cara kerajaan memastikan pelbagai insentif dan bantuan disalurkan terus ke akar umbi.

“Dengan adanya jualan rahmah ini, diharap sambutan Deepavali akan menjadi lebih bermakna kerana rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Menariknya, sumbangan dana tambahan sebanyak RM30,000 diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Batu Gajah menjadikan harga lebih murah bagi beberapa barangan keperluan asas melalui sesi Happy Hour.

Turut berlangsung Taklimat Belanjawan 2025, persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan kaum India.

-AA-

Tinggalkan komen anda