Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Mahadi Mustafa (Dungun)
DUNGUN, 18 November (Malaysiaaktif) – Taklimat Belanjawan 2025 telah diadakan di Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan kehadiran seramai 75 orang peserta terdiri daripada ketua-ketua dan ahli Komuniti MADANI daerah serta kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), di sini, hari ini.
Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Aneta Ahmad, menjelaskan bahawa taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada kumpulan sasaran iaitu Komuniti MADANI dan masyarakat setempat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Saharuddin Mohamed, berkata Belanjawan 2025 komited untuk meningkatkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.
“Belanjawan ini merangkumi aspek sosial, ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat yang menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.
Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma.
-AA-