![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2024/11/enuluq-park-tarikan-perkhemahan-di-pakan-01.jpg)
Laporan/foto: Boniface Watt Su/Abg Haffali (Sarawak)
PAKAN, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Enuluq Park yang beroperasi di KM2, Jalan Wak di sini iaitu kira-kira lima minit perjalanan dari Pekan Pakan mempunyai daya tarikan tersendiri bagi pencinta aktiviti perkhemahan untuk menghayati keindahan suasana alam dengan pemandangan indah dari puncak bukit.
![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2024/11/enuluq-park-tarikan-perkhemahan-di-pakan-03.jpg)
Isup Bakom.
Menurut pemilik, pesara guru Isup Bakom, 66, beliau mula mengusahakan tapak perkhemahan ini sejak tidak tahun lepas.
“Tak dijangka Enuluq Park telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada orang ramai sama ada dari dalam dan luar kawasan Pakan,” katanya ketika ditemui semalam.
![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2024/11/enuluq-park-tarikan-perkhemahan-di-pakan-02.jpg)
Senarai harga kemudahan yang disediakan.
Selain menyajikan keindahan alam sekitar yang masih terjaga dan belum tercemar, Enuluq Park turut menyediakan kemudahan untuk para pengunjung seperti air, elektrik, tandas malah pemilik turut menyediakan dobi dan gimnasium.
-ZS-