Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penyebaran Maklumat kepada Komuniti India Terus Diperkasa

By 25 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Usaha berterusan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan (JaPen) untuk menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan kepada semua kaum termasuk kaum India perlu dihargai oleh semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy menzahirkan ucapan terima kasih kepada JaPen kerana sudi berkolaborasi dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hutan Melintang dalam menganjurkan Program Taklimat JIWA Komuniti India di Dewan Sanmarka, di sini kelmarin.

Wasanthee turut hadir merasmikan majlis.

“Terima kasih juga kepada agensi yang turut menyokong usaha ini antaranya Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Maybank Cawangan Bagan Datuk kerana memberi kelonggaran untuk pembukaan Akaun Semasa dan Simpanan dalam program tersebut.

“Tidak dilupakan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sudi membantu usahawan baru melalui pembukaan kaunter SSM bagi tujuan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam,” ujarnya.

Tambah Wasanthee, diharap komuniti India sedar bahawa kerajaan pada hari ini sentiasa mendahulukan rakyat dan mereka perlu memanfaatkan semua inisiatif yang ditawarkan demi membantu perkembangan ekonomi dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Perak Yosri Abu Mahsin, berkata tiada kaum terabai dan semua mendapat manfaat sama adil daripada Kerajaan Madani khususnya kaum India.

Yosri (kiri) berkata JaPen sentiasa bersedia berkerjasama dengan pelbagai agensi agar inisiatif Kerajaan Madani sampai kepada rakyat.

“Usaha ini dijayakan melalui pelbagai strategi antaranya membugar ekonomi agar tiada rakyat terpinggir dan tertinggal dalam perkembangan arus ekonomi negara pada masa akan datang.

“Bagi memastikan inisiatif yang hendak disampaikan diterima oleh golongan sasar dan tiada yang terpinggir, JaPen Perak bersedia bekerjasama dengan pelbagai agensi agar rakyat mendapat manfaat dan maklumat secukupnya,” ujarnya ketika berucap dalam pada program tersebut.

Menurutnya, JaPen Negeri Perak meraikan komuniti India di negara ini dengan keistimewaan tersendiri melalui penyaluran pelbagai maklumat dan inisiatif menarik yang disampaikan oleh Kerajaan Madani menerusi Belanjawan 2025.

-ZS-

Tinggalkan komen anda