
Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih kurang 800 pelajar berusia 15 tahun ke atas terlibat dalam sesi perkongsian maklumat berkenaan teknologi digital dan kenegaraan sempena program Skillbox@Santuni MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Medan, di sini semalam.

Sesi perkongsian bakat menjadi seorang pempengaruh media sosial.
Program anjuran Jabatan Penerangan ini menampilkan beberapa sesi perkongsian daripada penceramah dan pempengaruh media sosial seperti Mohd Suffian Abu Hassan dari Akademi Kenegaraan Malaysia, Faizal Zulkipli Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia dan pempengaruh TikTok terkenal Mohamad Norhafizan Nordin atau lebih dikenali sebagai Boss Ijan.
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia Faizal Zulkipli, berkata masyarakat perlu lebih berhati-hati melayari media sosial dan laman sesawanh dalam dunia tanpa semapadan ketika ini.
“Kita berada di dunia siber iaitu dunia digital. Semua orang mempunyai akaun media sosial oleh itu semua perlu tahu akan risiko-risiko jenayah siber yang sedang berleluasa yang boleh terjadi kepada pengguna tanpa kita sedar,” katanya.

Sesi taklimat oleh Faizal Zulkipli.
Sepanjang program ini berlangsung, pelajar turut didedahkan dengan maklumat-maklumat mengenai negara melalui permainan kuiz kenegaraan atas talian menggunakan aplikasi Kahoot dan juga persembahan menarik dari PENTARAMA Jabatan Penerangan.
Program selama empat jam ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julian Johan.
Turut hadir Pengetua SMK Sri Medan Masrom Rahmat.
-ZS-