Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Mangsa Banjir di PPS SK Sri Kelewek Terima Lawatan Timbalan Menteri

By 3 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 306 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kelewek, Tanah Merah menerima lawatan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi Datuk Seri Noraini Ahmad, petang semalam.

Kehadiran Noraini bersama rombongan memberikan kegembiraan kepada mangsa banjir yang telah berada di PPS tersebut sejak lima hari lalu.

Noraini bertanya khabar kepada mangsa banjir Che Hasnah.

Sebelum meninjau keadaan di PPS, Noraini turut mendengar taklimat perkembangan banjir daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Tanah Merah Khairul Mat Jurit.

Menurut beliau, keadaan banjir sudah semakin terkawal dan bekalan makanan serta barangan keperluan di PPS mencukupi untuk semua mangsa.

“Seramai 92 ketua isi rumah menerima bakul makanan sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sempena lawatan ini,” katanya.

Seorang mangsa banjir Che Hasnah Dollah, 47, berkongsi pengalaman pertama kali berpindah ke PPS.

Che Hasnah (tengah) dan keluarga di khemah PPS SK Seri Kelewek.

“Banjir kali ini lebih besar berbanding tahun sebelum ini di mana air naik terlalu cepat hingga ke paras pinggang dan saya bersama anak-anak segera berpindah demi keselamatan,” katanya.

Noraini juga sempat meninjau kawasan terjejas banjir di sekitar daerah Tanah Merah sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Turut hadir Ketua Jajahan Tanah Merah Ahmad Adlee Yasin dan Ketua Polis Daerah Supt. Haki Hasbullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda