Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penyampaian Hakmilik Tanah dan Notis 5A Ceriakan 105 Penerima

By 14 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 105 orang menerima hak milik tanah dan Notis 5A dalam satu majlis di Dewan Bandaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu, di sini semalam.

Saarani ketika berucap merasmikan majlis.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika merasmikan majlis menasihatkan agar para penerima mengusahakan tanah tersebut dengan baik tanpa berniat untuk menjualnya.

“Pernah berlaku kes penjualan tanah yang menyebabkan implikasi negatif kepada pemilik sebelum ini yang akhirnya mendatangkan kerugian.

“Saya berharap semua penerima dapat memanfaatkan tanah ini untuk kebaikan sendiri seterusnya menjana hasil kepada kerajaan negeri,” ujarnya pada Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah dan Notis 5A kepada peserta Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Buluh dan Klian Intan serta Notis 5A kepada peserta Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Carok Koris.

Sementara itu, penerima, Yaakub Ahmad, 68, dari Kampung Ayer Panas meluahkan rasa syukur atas pemberian Notis 5A setelah lama mengusahakan tanah tersebut.

“Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Menteri Besar yang sudi meluluskan permohonan ini dan lebih manis beliau sendiri menyampaikannya kepada kami,” ujarnya.

Wong Woi Sin turut menerima Hakmilik Tanah RPT Klian Intan dalam majlis itu.

Penerima dari Klian Intan, Choong Foot Chin, 58, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar dan semua pihak yang membantu dalam usaha mendapatkan pemilikan tanah ini.

“Tapak rumah yang didiami sudah puluhan tahun, dan kini saya mendapat hak milik tanah tersebut,” katanya.

Perasaan sama turut dikongsikan oleh seorang penerima Wong Woi Sin, 48, yang juga Orang Kurang Uupaya (OKU).

Dia yang berasal dari Kampung Khek, Klian Intan adalah satu-satunya penduduk yang masih belum menerima hak milik untuk tapak rumah yang didiami sehinggalah namanya tersenarai sebagai penerima dalam majlis itu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda