Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

180 Penerima Terima Sumbangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

By 23 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Kulim)

KULIM, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah mengadakan Program Sumbangan Wang kepada 180 orang penerima terdiri dari 18 zon ahli majlis sekitar Daerah Kulim.

Ketibaan Yang Dipertua Majlis Pembandaran Kulim Datuk Helmi Yusoff.

Menurut Yang Dipertua Majlis Pembandaran Kulim Datuk Helmi Yusoff, berkata inisiatif yang diberikan ini juga adalah untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan khususnya kaum Cina untuk mereka membeli barangan keperluan sempena musim perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

“Saya dan isteri amat bersyukur dan berterima kasih kepada Majlis Pembandaran Kulim yang sentiasa membantu dan prihatin dengan nasib kami,” ujar Thoo Ah Thiam, 63, salah seorang penerima sumbangan yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Thoo Ah Thiam bersyukur dengan sumbangan yang diterima.

Majlis yang diadakan di Dewan Majlis Pembandaran Kulim ini turut dihadiri Ketua Ahli Majlis Pembandaran Kulim Badrol Hisam Yusof, Penghulu Mukim Kulim Hasnizam Jahari dan barisan Ahli Majlis Daerah Kulim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda