Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

500 Keluarga Terima Sumbangan Set Ponggal

By 1 minute yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 500 keluarga berketurunan India menerima sumbangan Set Ponggal yang mengandungi barangan keperluan seperti susu kotak, minyak sapi, kacang gajus, gula perang, beras putih, senduk kayu dan periuk tanah.

Wasanthee berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penerima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy, berkata penerima sumbangan ini merupakan penduduk daerah Bagan Datuk yang terdiri daripada keluarga kategori B40, ibu tunggal dan warga emas yang tinggal bersendirian.

“Diharap melalui sumbangan ini dapat meringankan beban penerima yang akan menyambut perayaan Ponggal pada 13 Januari nanti.

“Kami di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hutan Melintang sentiasa prihatin dengan keperluan mereka,” ujarnya ketika berucap pada program Ponggal MADANI 2025 di Dewan Serbaguna Dato Haji Abdullah Ahmad, di sini pada Rabu.

Sementara itu, salah seorang penerima Arul Perumal, 46, menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hutan Melintang yang sudi menghulurkan sumbangan tersebut.

Suasana ketika sesi penyerahan sumbangan oleh Wasanthee.

“Ini merupakan hadiah yang bermakna buat masyarakat India.

“Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban kami tetapi membantu memeriahkan lagi sambutan perayaan Ponggal yang akan diraikan beberapa hari lagi,” katanya yang hadir mewakili ibunya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda