Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

84 Keluarga Mangsa Banjir Daerah Jempol Terima Bantuan Tunai

By 18 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi

JEMPOL 9 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 84 keluarga yang merupakan mangsa banjir di Daerah Jempol menerima sumbangan RM1,500.

Setiap setiap penerima menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) Mangsa Banjir sebanyak RM1,000 melalui peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencan Negera (NADMA) dan RM500 daripada Ahli Parlimen Jempol Datuk Haji Shamshulkahar Haji Mohd Deli.

Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan kepada penerima.

Menurut Shamshulkahar, walaupun bantuan yang diberikan tidak setimpal dengan kesukaran yang dihadapi mangsa tetapi sekurang-kurangnya menandakan sikap positif masyarakat yang cakna membantu tanpa mengira etnik dan agama.

“Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua orang awam, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan badan korporat yang telah sudi menyumbangkan pelbagai bantuan kepada mangsa bencana.

“Kejadian hujan lebat yang berterusan bermula pada 28 November lalu telah menyebabkan kejadian banjir berlaku di beberapa kawasan di daerah Jempol,” katanya, di Dewan Sri Rompin, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, di sini semalam.

Katanya lagi, kawasan yang paling terkesan adalah di DUN Jeram Padang dengan pembukaan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan tersebut.

“Syabas, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan yang sangat pantas turun padang melihat keadaan rakyat yang terkesan banjir, juga dilihat sangat prihatin dalam mengambil berat keadaan penduduk kawasan.

Bathmini, salah seorang penerima yang ditemu bual sangat berterima kasih kepada pihak NADMA dan Ahli Parlimen Jempol .

“Sepanjang PPS dibuka dan tempoh berlakunya banjir, jabatan-jabatan kerajaan daerah telah sama-sama menggembleng tenaga untuk memastikan semua yang terlibat dengan kejadian banjir disantuni,” katanya.

Salah seorang mangsa Bathmini, 24, melahirkan rasa gembira, bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak NADMA dan Ahli Parlimen Jempol yang telah memberikan sumbangan berjumlah RM500 untuk setiap keluarga.

“Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang sedang ditanggung oleh kami,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda