Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Aktiviti Sukarelawan Muszleem Malaysia Perkukuh Kebajikan Masyarakat Setempat

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Mohd Ridhuan Embong (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 9 Jan (Malaysiaaktif) ā€“ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muszleem) mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti kebajikan di setiap daerah.

Mohd Ridhuan Embong, berkata setiap sumbangan penderma kepada Muszleem Malaysia diagihkan dengan kadar segera.

Penyelaras Muszleem Kuala Nerus Mohd Ridhuan Embong, berkata sukarelawan Muszleem aktif membantu golongan memerlukan melalui program makanan untuk asnaf, sokongan kepada orang kelainan upaya (OKU) serta bantuan segera.

ā€œMuszleem Malaysia mengutamakan ajaran Rasulullah SAW yang mengingatkan kita untuk mengasihi saudara sebagaimana kita mengasihi diri sendiri.

“Muszleem mengucapkan terima kasih kepada penderma yang terus menyokong aktiviti kebajikan ini,ā€ katanya ketika ditemu bual selapas menyampaikan bantuan kotak makanan kepada golongan asnaf, di sini kelmarin.

Abdullah Mohd (kiri) membantu kerja-kerja kebajikan bersama Muszleem Malaysia Kuala Nerus menyalurkan bantuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda