Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Hari Keluarga PPD Tawau (JAPEN), Eratkan Semangat Kekeluargaan

By 7 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 7 Jan (MalaysiaAktif) – Majlis Hari Keluarga Pejabat Penerangan Daerah Tawau (JAPEN) 2024  baru-baru ini telah berjaya menghimpunkan warga kerja JAPEN Tawau bersama keluarga melalui aktiviti yang telah disediakan secara santai serta ceria.

Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis menzahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga tersebut dan turut menekankan kepentingan program seperti ini dalam mengeratkan hubungan antara kakitangan dan keluarga.

PPD Tawau, Azuary Abdul Azis zahirkan penghargaan  kepada  JAPEN Tawau  atas kerjasama  menjayakan program Hari Keluarga kemarin.

“Saya berharap acara sebegini dapat diteruskan pada masa depan sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga JaPen Tawau.

“Acara ini bukan sahaja peluang untuk bersantai dan menikmati suasana luar malah menjadi medan untuk meraikan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan kerjasama antara rakan sekerja.

“Kehadiran kakitangan bersama keluarga dalam suasana ceria menggambarkan semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan warga JaPen Tawau, sekaligus melambangkan komitmen mereka untuk terus bekerjasama demi mencapai visi dan misi jabatan,” katanya ketika berucap di program tersebut kemarin.

Sementara itu kakitangan PPD Tawau, Amir Kanje, 56, beliau meluahkan rasa gembira dan teruja kerana dapat berkumpul bersama rakan sekerja serta keluarga masing-masing dalam suasana santai dan harmoni.

Amir Kanje (kanan) menerima sumbangan daripada PPD Tawau, Azuary Abdul Azis (kiri).

“Ini adalah satu kesempatan yang berharga bagi kami untuk berkumpul dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.  Sambutan Hari Keluarga ini adalah platform terbaik untuk kita semua berinteraksi di luar suasana kerja. Saya sangat teruja dan bersyukur dapat berjumpa dan beramah mesra dengan semua,” ujarnya semasa hadir di Majlis Hari Keluarga kemarin.

Pelbagai acara menarik diadakan seperti cabutan bertuah dan pertandingan ‘TikTok Games’ dengan mengetengahkan elemen kreativiti dalam kalangan ahli keluarga terutama kanak-kanak sekaligus menjadi penyeri acara berkenaan.

 

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda