Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komitmen Kerajaan Perkukuh Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang

By 31 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Najmi Ariffin (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 31 Jan (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh agenda pembangunan agama Islam melalui lima teras utama iaitu sosioekonomi, pendidikan, keluarga, anak muda serta dakwah dan tarbiah.

Antara asnaf yang menerima bantuan

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen penuh berkaitan hal ehwal agama Islam.

Antara jemaah yang menyertai bacaan Yasin semasa majlis berlangsung

“Usaha ini perlu dihayati oleh seluruh umat Islam di negeri ini bagi memastikan pembangunan agama terus seiring dengan kemajuan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Jamek Kubang Ulu bersama penduduk setempat, di sini semalam.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Kubang Ulu ini merupakan siri kedua selepas penganjuran di Masjid Jamek Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara (SPU).

Majlis dimulakan dengan solat berjemaah dan bacaan Yasin, diikuti penyampaian kit bantuan kepada asnaf dan sumbangan RM6,000 kepada Masjid Jamek Kubang Ulu.

-AA-

Tinggalkan komen anda