
Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Masjid Tanah telah memberi peluang kepada pemimpin untuk bertemu dengan rakyat selain dapat bersama memeriahkan sambutan perayaan yang bakal menjelang akhir bulan ini.

Abdul Rauf ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, pembangunan keluarga yang bahagia bermula dengan keadaan ekonomi yang baik dan kerajaan terus komited untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
”Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kesejahteraan setiap rakyat dan semoga dengan kehadiran tahun ular pada kali ini, kita semua bertambah kemakmuran dan terus diberikan kesihatan,” katanya, di sini hari ini.
Majlis yang diadakan bersama program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka turut memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan kelengkapan perayaan kepada 175 orang penerima.

Antara tetamu yang hadir.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Halyjah Muhammad.
-ZS-