Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kerajaan Negeri Komited Memartabatkan Seni dan Budaya melalui Silat

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 8 Feb (Malaysiaaktif) –
Majlis perasmian Kejohanan Silat Seni Dan Olahraga USTA Fighter Piala Ketua Menteri Melaka 2025 berlangsung di Kompleks Sukan Masjid Tanah, semalam.

Aksi peserta pertandingan.

Program di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Melaka memberi peluang untuk mencungkil bakat baru bagi mewakili negara selain dapat bersama mengangkat martabat seni silat sebagai warisan seni dan budaya negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk V.P. Shanmugam, menerusi pertandingan seperti ini pembangunan pelapis atlet bagi mewakili negara akan terus berjalan untuk memastikan penguasaan negara didalam bidang sukan di peringkat antarabangsa terus meningkat selain mengiktiraf seni silat sebagai warisan seni budaya negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO bergambar bersama para peserta pertandingan.

”Kerajaan negeri ingin mengangkat seni silat sebagai permata warisan seni dan budaya selain silat sendiri telah diiktiraf sebagai ‘Intangible Cultural Heritage’ oleh UNESCO (Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Seramai ,1300 peserta telah menyertai pelbagai acara didalam kejohanan yang dilangsungkan selama tiga hari.

Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal dan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Malaysia (PESAKA), Bibi Aishah Golbal Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda