
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar)
KANGAR, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah Bergerak dengan konsep penjual datang kepada pelanggan di Negeri Perlis yang berlangsung pada hari ini dan esok, di lima lokasi yang melibatkan Parlimen Kangar dan Padang Besar pada hujung minggu ini dilihat memberi kemudahan kepada masyarakat terutamanya bagi mereka yang bekerja.

Telur antara jualan barangan asas yang sentiasa mendapat sambutan
“Dengan ada nya Jualan RAHMAH bergerak ini ia memudahkan kepada kami yang berada di kampung dan juga diadakan pada hujung minggu sangat memudahkan masyarakat sekitar,” ujar Azliza Aziz, 45, ketika ditemui di Kampung Syed Omar, di sini pagi tadi.
Menurut Azliza, Jualan Rahmah dalam tempoh tiga jam ini memberi kesempatan kepada para penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan rumah seperti beras, gula dan lain-lain lagi.

Sambil beraktiviti, sambil mendapatkan barang keperluan
JRMB ini mensasarkan pembeli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Sena, Kuala Perlis dan juga Santan dengan menyediakan barangan keperluan rumah pada kadar diskaun sehingga 30 peratus untuk membantu meringankan kos sara hidup seisi keluarga.
“Pelbagai jualan barangan keperluan yang saya perlukan ada di jual di sini pada kadar harga yang lebih rendah,” katanya..
Rata-rata yang ditemui juga berpuas hati dengan harga barangan keperluan dapur dan harian yang di jual di sini.
-AA-