
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Abd Rauf Yusoh
MELAKA, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Anugerah Pembangunan Negeri Melaka telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di di sebuah hotel di Bandar Hilir, di sini semalam.

Ucapan peramian oleh Ketua Menteri Melaka.
Ketua Menteri, berkata sebanyak 2,205 projek dan program pembangunan melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM392 juta dari tahun 2020 sehingga 2024 telah diselesaikan.
“Di bawah pentadbiran ini, saya tidak mahu projek-projek pembangunan dilaksanakan secara semberono sehingga boleh menjadikan projek gajah putih.
“Semua jabatan dan agensi perlu menyelidik dan memastikan keperluan sesuatu projek pembangunan mengikut keutamaan kesesuaian projek untuk diteliti dan dianalisa terlebih dahulu dari segi kemunasabahan kos projek dan impaknya.

Ketua-ketua jabatan yang hadir dalam majlis tersebut.
Ab Rauf juga yakin, melalui platform pemantauan dan pembangunan terancang mampu menjadikan Melaka sebagai negeri yang mampan dan lestari.
Dalam majlis tersebut, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Ketua Menteri Melaka muncul pemenang “Anugerah Keseluruhan Projek Terbaik Tahun 2024” melalui Sistem Tender Online Melaka 2.0.
-ZS-