Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

MAKSAK Bau Agih 1000 Pek Bubur Lambuk

By 27 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell ( Sarawak)

BAU, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Seperti tempat lain, MAKSAK Daerah Bau berjaya melaksanakan program agihan bubur lambuk sebanyak 1000 pek yang disediakan secara gotong royong oleh ahli-ahlinya untuk diagihkan kepada jabatan dan agensi kerajaan daerah Bau di perkarangan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bau, di sini semalam.

Billy berucap dalam Program Agihan Bubur Lambuk anjuran MAKSAK Daerah Bau di perkarangan Pejabat APM Bau semalam.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah menyerikan program tahunan MAKSAK ini yang menjadi tradisi pada bulan Ramadan bagi merapatkan hubungan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini.

” Tahniah kepada MAKSAK Daerah Bau yang berjaya menganjurkan program ini setiap tahun pada bulan Ramadan dan menariknya lagi proses penyediaan bubur lambuk ini dibuat secara gotong royong yang memperlihatkan semangat kerjasama dan kekitaan yang cukup baik,” kata Billy.

Eddy  menyampaikan ucapan dalam program berkenaan yang dihadiri ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini semalam.

Seterusnya Billy mengagihkan bubur lambuk sebanyak 1000 pek kepada semua agensi dan jabatan di daerah ini yang disaksikan Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi selaku pengerusi MAKSAK Daerah itu.

 

 

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda