
Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Masyarakat berbilang kaum di sini mengambil kesempatan cuti hari Ahad untuk datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyertai dan memeriahkan Program Iftar Ramadan di Bazar Ramadan bandar Bau di sini semalam.

Henry menyantuni komuniti dan peniaga Bazar Ramadan sambil mengedarkan bubur lambuk petang semalam.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep yang meluangkan masa beliau untuk hadir bagi menyerikan program itu berkata, program tersebut cukup menarik kerana dapat mengumpul masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam satu acara.
“Program seperti ini boleh menjadi salah satu platform untuk memperkukuh semangat kekeluargaan dan perpaduan masyarakat majmuk di sini,” katanya.

Zawawi bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu semalam.
Sementara itu, Ketua Kampung Melayu Bau, Zawawi Hamdan, 73, menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.
-RJ-