
Laporan/foto: Aishah Latip (Sarawak)
Lundu, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Penambahbaikan infrastruktur penduduk luar bandar seperti menaik taraf jalan pertanian di Kampung Sebako di sini akan terus diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri bagi membina dan menaik taraf jalan di kawasan Opar.

Igai, 62 menzahirkan rasa syukur akan kemudahan yang diberikan dengan memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar.
Menurut ADUN Opar, Billy Sujang, projek naik taraf jalan pertanian tersebut bukan sahaja diberikan kepada Kampung Sebako namun turut meliputi seluruh kampung di bawah jagaan DUN Opar.
“Jalan yang akan dinaik taraf ini bukan sahaja akan digunakan sebagai laluan utama penduduk sekitar namun akan membantu meningkatkan prasarana ekonomi penduduk setempat kerana jalan ini akan digunakan oleh mereka untuk membawa hasil kelapa sawit dan hasil tanaman lain untuk dipasarkan,” katanya semalam.
-RJ-