Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JIWA@Komuniti MADANI Himpun Lima Generasi Penduduk

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini

KANGAR, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Lima generasi penduduk Indera Kayangan Barat dihimpunkan dalam program komuniti berimpak tinggi JIWA@Komuniti MADANI (Kemasyarakatan), semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling, berkata program berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan sesama penduduk sambil menyemai semangat patriotisme dan kesedaran penggunaan internet yang selamat dalam kalangan masyarakat.

Senamrobik disertai oleh semua lapisan umur dari kanak-kanak sehingga yang tua.

“Kita mahu masyarakat merasai bahawa mereka tidak keseorangan. Program sebegini, menjadi jambatan yang merapatkan jurang antara penduduk pelbagai latar belakang termasuk umur,” katanya.

Gan turut menekankan kepentingan kolaborasi antara agensi kerajaan dan badan komuniti dalam menjayakan agenda MADANI di peringkat akar umbi.

Program anjuran Komuniti MADANI Indera Kayangan Barat itu katanya akan diteruskan dan diperluas ke seluruh kawasan agar semangat komuniti dapat terus diperkasa.

Antara pengisian menarik ialah senamrobik yang ternyata menceriakan suasana dengan penyertaan pelbagai lapisan umur daripada kanak-kanak seawal lima tahun sehingga warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Rentak keceriaan diteruskan dengan acara sukaneka yang dikhaskan untuk kanak-kanak Tadika Jabtan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Sesi pemeriksaan kesihatan dan penerangan yang padat berkaitan perkhidmatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) oleh NADI Sri Bakong.

Program ini secara keseluruhannya mampu mewujudkan elemen keharmonian menerusi penglibatan pelbagai bangsa, sekali gus menjadi platform penting dalam pengukuhan perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia.

-RI

Tinggalkan komen anda